Sunday, August 9, 2009

Pergi jauh

Salam,
(mode: untuk bacaan Muslim dan Muslimah, non-muslim boleh baca gak)

Untuk input kali ini, tergerak rasa hati untuk meluahkan sedikit pendapat dan pandangan tentang kehidupan kita sebagai insan yang hidup di bawah layungan istilah "Melayu" dan "Islam". Pada pemerhatian aku, terlalu ramai umat Melayu, beragama Islam lagi, sudah hilang pegangan yang sepatutnya ada pada setiap kita.

Cara berpakaian, gaya hidup, perlakuan, semuanya sudah tersasar agak jauh dari yang sepatutnya. Sepertinya, sudah keluar dari naungan dan layungan payung Islam. Tiada rasa takut walau dikit dalam diri mereka. Apa kata orang, "clubbing", "fashion mesti up-to-date and cantik", bertepu-tepuk dan berpegangan sesama lelaki perempuan, tidak menjaga batas, dan banyak lagi, yang lagi besar. Kata mereka,

"ala, kita kene cube bende2 ni, baru tau bende elok ke xelok...klau xcube mane nk tau, kene la cube",
"xcantik la pakai macam tu, tgk baju aku ni..cantik.kita kene tunjuk sikit shape tau x"
"rimas la pakai tudung, rambut kita kene tunjuk..baru lawa, ko tgk rambut aku ni..mantap tau"

Bila ditegur,

"ape ko sibuk, dosa aku. aku xpakai pon duit ko nak beli semua ni"

Persoalannya, di mana dapat hukum dalam Islam, adanya tolak-ansur dimana kita boleh mencuba perkara-perkara ini tanpa mendatangkan dosa? Kita xperlu mencuba pun. Di mana letaknya layar iman?

Mungkin terlalu lancang penulisan ini, aku juga banyak melakukan dosa. Dosa yang ramai remaja lakukan. Tapi, perkara-perkara besar seperti aku sebut di atas, boleh di elak dengan mudah. Perlukah semua itu?

Ini cuma secebis daripada berjuta-juta ela kain yang telah rosak dan perlu diperbaiki dan pemuliharaan. Terlalu banyak yang perlu di perkatakan dan diutarakan untuk perbincangan bersama. Aku juga teruk, dari sesetengah sudut. Kita sama-sama mengingatkan dan mengingati. Cuba cari semula cahaya yang semakin kelam itu, atau hampir padam. Cuba bersihkan daki-daki hitam pekat melekat di seluruh lapisan hati. Sama-samalah kita kembali berteduh dengan selamat di bawah bebayang penuh nyaman Islam.

Salam =)





Ketandusan semangat

Salam, (mode: serius sikit)
Amat sukar untuk kita bercerita sesuatu berguna untuk semua. Sukar juga menjadi contoh untuk yang mahu mengikut dan disuruh mengikut. Apa perlu menyukarkan keadaan dengan emosi semata? Tidak sepatutnya.

Tapi, kebiasaannya manusia dicenderungi oleh kawalan emosi, nafsu dan hasutan makhluk durjana. Kewarasan akal biasanya diselindungi oleh lapisan ketidakstabilan hati. Aku tidak terkecuali. Haruskah aku terus berjalan penuh kesakitan? Di mana ubat untuk memulihkan kesakitan ini supaya aku dapat berlari dengan gah tanpa resah?

Kata-kata arwah atuk, "belajar sungguh-sungguh kat tempat orang, jangan lupa semayang" tika saat perpisahan terakhir di lapangan terbang sebelum keberangkatan ke Sydney masih diingati.

Jiran sebelah rumah, aku panggil Cik Ju, ibu kepada rakan sebaya di sekolah aku, pernah berbual dengan aku. Katanya,

"Angah dah ade makwe ke?"
"xde la.."dengan selamba aku menjawab semasa kenduri arwah nenek dulu. kurang setahun selepas pemergian nenek, suaminya, merangkap Tok Aki aku, pula meninggal dunia.

"Bagusnya Angah, dah la pandai, belajar kat negara orang..jumpa mat salleh je la nanti kan..anak cik ju xpandai sgt mcm angah..bagusla"kata Cik Ju menyambung bicara.
"Xde la cik ju. Aiman blaja kat mane?"
"UITM Segamat je ngah" Cik Ju merujuk kepada anak perempuannya sebaya dengan aku.
"Ok la tu..bagus ape uitm" aku menjawab.

Susah menjadi bahan bualan saudara-mara, sahabat handai, rakan taulan kepada ibu bapa. Menjadi contoh kepada adik-adik dan adik-adik saudara, menjadi harapan ibu bapa. Aku bukanlah sebesar mana, tak segah di pandangan mata. Tekanan amat besar. Aku tak mahu ini semua. Aku mahu jadi insan biasa. Biasa daripada segala aspek. Inilah padah hidup tanpa matlamat. Tak perlu penjelasan lanjut mengapa aku berkata begitu. Aku bersyukur juga kerana aku dianugerahkan sesuatu yang didambakan ramai. Aku harus terus berjalan pedih, mencari penawar untuk berlari, menjejak sesuatu yang aku pun tak tahu apa yang ada di situ. Hanya berbekal doa ibu bapa, dan wajah ibu bapa membuat aku terus di sini.

Rakan-rakan yang lain pasti setuju. Kamu semua pasti merasakan apa yang aku coretkan di sini terutama anak perantaun seperti aku. Aku masih di sini kerana ibu bapa aku. Harapan mereka tinggi. Aku perlu mendaki harapan yang mereka bina untuk aku. Harus. Dan aku harus melakukannya di landasan Islam.

Sampai coretan seterusnya, InsyaAllah.