Sunday, August 9, 2009

Pergi jauh

Salam,
(mode: untuk bacaan Muslim dan Muslimah, non-muslim boleh baca gak)

Untuk input kali ini, tergerak rasa hati untuk meluahkan sedikit pendapat dan pandangan tentang kehidupan kita sebagai insan yang hidup di bawah layungan istilah "Melayu" dan "Islam". Pada pemerhatian aku, terlalu ramai umat Melayu, beragama Islam lagi, sudah hilang pegangan yang sepatutnya ada pada setiap kita.

Cara berpakaian, gaya hidup, perlakuan, semuanya sudah tersasar agak jauh dari yang sepatutnya. Sepertinya, sudah keluar dari naungan dan layungan payung Islam. Tiada rasa takut walau dikit dalam diri mereka. Apa kata orang, "clubbing", "fashion mesti up-to-date and cantik", bertepu-tepuk dan berpegangan sesama lelaki perempuan, tidak menjaga batas, dan banyak lagi, yang lagi besar. Kata mereka,

"ala, kita kene cube bende2 ni, baru tau bende elok ke xelok...klau xcube mane nk tau, kene la cube",
"xcantik la pakai macam tu, tgk baju aku ni..cantik.kita kene tunjuk sikit shape tau x"
"rimas la pakai tudung, rambut kita kene tunjuk..baru lawa, ko tgk rambut aku ni..mantap tau"

Bila ditegur,

"ape ko sibuk, dosa aku. aku xpakai pon duit ko nak beli semua ni"

Persoalannya, di mana dapat hukum dalam Islam, adanya tolak-ansur dimana kita boleh mencuba perkara-perkara ini tanpa mendatangkan dosa? Kita xperlu mencuba pun. Di mana letaknya layar iman?

Mungkin terlalu lancang penulisan ini, aku juga banyak melakukan dosa. Dosa yang ramai remaja lakukan. Tapi, perkara-perkara besar seperti aku sebut di atas, boleh di elak dengan mudah. Perlukah semua itu?

Ini cuma secebis daripada berjuta-juta ela kain yang telah rosak dan perlu diperbaiki dan pemuliharaan. Terlalu banyak yang perlu di perkatakan dan diutarakan untuk perbincangan bersama. Aku juga teruk, dari sesetengah sudut. Kita sama-sama mengingatkan dan mengingati. Cuba cari semula cahaya yang semakin kelam itu, atau hampir padam. Cuba bersihkan daki-daki hitam pekat melekat di seluruh lapisan hati. Sama-samalah kita kembali berteduh dengan selamat di bawah bebayang penuh nyaman Islam.

Salam =)





4 comments:

  1. DoTA pon makin menjadi2...LOL...

    ReplyDelete
  2. haha..DoTA irresistable dulu...skrg dah x..ko je yg masih no life..jinjang pon lagi no life..balik je main..sengal..haha..

    ReplyDelete
  3. assalamu 'alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh, wahai rafi. betol lah kate rafi tu. thats y pemilihan kawan sgt penting. skrg mngkin kita tolak semua pengaruh2 jahat 2 mentah2. tp if hari2 kita berada dalam suasana camtu, akhirnya kita pasti larut. nak elak utk x larut, kna lah mantapkan iman melalui pmbacaan, dengar ceramah, baca quran, tadabbur makna ayat quran dll. tp x semua cam rafi, yg nmpak pentingnya hal2 sedemikian. bnyaknya melenting apabila diberitahu hal yg mereka wat tu salah. dicap2 dan digroup2 pulak dengan pelbagai nama golongan yg nak cba betolkan dorg. tp besalah.. msing2 rsakan diri dah matang, boleh wat keputusan sniri. muda2 kena enjoy. kdg2 kita lupa yg dunia sbnarnya ruang tuk kita bcucuk tanam, untuk tuai hasil di akhirat. jd kan akhirat 2 destinasi, dengan mnjadikan dunia tmpat prsigahan. kita takkan larut ngan dunia kalau matlamat akhir (akhirat) kita clear. wAllahu 'alam.

    ReplyDelete
  4. saudara poji, terima kasih atas nasihat anda.insyaAllah akan cuba diambil pakai. syukran jazilan ya akhi

    ReplyDelete