Salam, (mode: serius sikit)
Amat sukar untuk kita bercerita sesuatu berguna untuk semua. Sukar juga menjadi contoh untuk yang mahu mengikut dan disuruh mengikut. Apa perlu menyukarkan keadaan dengan emosi semata? Tidak sepatutnya.
Tapi, kebiasaannya manusia dicenderungi oleh kawalan emosi, nafsu dan hasutan makhluk durjana. Kewarasan akal biasanya diselindungi oleh lapisan ketidakstabilan hati. Aku tidak terkecuali. Haruskah aku terus berjalan penuh kesakitan? Di ma na ubat untuk memulihkan kesakitan ini supaya aku dapat berlari dengan gah tanpa resah?
Kata-kata arwah atuk, "belajar sungguh-sungguh kat tempat orang, jangan lupa semayang" tika saat perpisahan terakhir di lapangan terbang sebelum keberangkatan ke Sydney masih diingati.
Jiran sebelah rumah, aku panggil Cik Ju, ibu kepada rakan sebaya di sekolah aku, pernah berbual dengan aku. Katanya,
"Angah dah ade makwe ke?"
"xde la.."dengan selamba aku menjawab semasa kenduri arwah nenek dulu. kurang setahun selepas pemergian nenek, suaminya, merangkap Tok Aki aku, pula meninggal dunia.
"Bagusnya Angah, dah la pandai, belajar kat negara orang..jumpa mat salleh je la nanti kan..anak cik ju xpandai sgt mcm angah..bagusla"kata Cik Ju menyambung bicara.
"Xde la cik ju. Aiman blaja kat mane?"
"UITM Segamat je ngah" Cik Ju merujuk kepada anak perempuannya sebaya dengan aku.
"Ok la tu..bagus ape uitm" aku menjawab.
Susah menjadi bahan bualan saudara-mara, sahabat handai, rakan taulan kepada ibu bapa. Menjadi contoh kepada adik-adik dan adik-adik saudara, menjadi harapan ibu bapa. Aku bukanlah sebesar mana, tak segah di pandangan mata. Tekanan amat besar. Aku tak mahu ini semua. Aku mahu jadi insan biasa. Biasa daripada segala aspek. Inilah padah hidup tanpa matlamat. Tak perlu penjelasan lanjut mengapa aku berkata begitu. Aku bersyukur juga kerana aku dianugerahkan sesuatu yang didambakan ramai. Aku harus terus berjalan pedih, mencari penawar untuk berlari, menjejak sesuatu yang aku pun tak tahu apa yang ada di situ. Hanya berbekal doa ibu bapa, dan wajah ibu bapa membuat aku terus di sini.
Rakan-rakan yang lain pasti setuju. Kamu semua pasti merasakan apa yang aku coretkan di sini terutama anak perantaun seperti aku. Aku masih di sini kerana ibu bapa aku. Harapan mereka tinggi. Aku perlu mendaki harapan yang merek a bina untuk aku. Harus. Dan aku harus melakukannya di landasan Islam.
Sampai coretan seterusnya, InsyaAllah.
Sampai coretan seterusnya,
"Freedom has many forms, and no man can have all..."
ReplyDeleteSetiap org mahukan kebebasan yg berbeza...berusahalah! ^^
yup btul..but when u're stuck so far and tight in something u don't really want, and u really felt so f**ked up..u don't know what u have to do..yang menggerakkan kita hanyalah masa depan yg kita xpasti, juga wajah harapan ibu bapa. nasihatilah adik2 kita, tetapkan matlamat mulai umur muda sebelum tamat persekolahan, lebih2 lagi di Malaysia di mana sistem pembelajaran tidak menunjukkan klu kemana kita harus melangkah.aku mangsa hidup tanpa matlamat. sekarang aku harus teruskan apa yang telah dipilih, demi semua. (skema gile ayat aku,haha)
ReplyDelete